28 Ogos 2011
Full time result
man u vs arsenal, 8-2
WAN NORMAZLINA BT WAN ABD. RAHMAN
Sunday, August 28, 2011
Thursday, August 25, 2011
my last day at JPS...
Assalamualaikum w.b.t
Today is my last day at JPS. I feel so sad. Sayang nak tinggalkan sebab da kenal rapat dengan staff2 kat situ. Borak sama-sama di kala keboringan. Terasa nak duk kat situ je.he3...Tapi nak buat macam mana kan, terdapat lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Nak tau apa...jeng3...Menghabiskan sisa baki ak sebagai seorang pelajar. Yeay...ada setahun lagi nak habis. Can't wait for that day.
Petang tadi pukul 2.15ptg, bos panggil semua staff2 JPS bermesyuarat. Bos bagi kata-kata ucapan sebelum menyambut ketibaan Aidilfitri. Staff2 diberi peluang untuk mengucapkannya. Tidak terkecuali ak. Ini merupakan satu kesempatan bagi ak untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana membantu ak sepanjang ak berada di JPS. Jasa kalian tidak akan ak lupakan... :)
.majlis berbuka puasa bersama-sama staff JPS
Assalamualaikum w.b.t ...
22/8/2011 - aku dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama staff JPS bertempat di Restoran Anjung Bahtera, Kg. Raja. Majlis berbuka puasa ini ditaja oleh kontraktor, En. fauzi. Pukul 7.00mlm ak bertolak ke sana. Ramai jugak la yang hadir. Bukat setakat staff JPS je yang hadir tapi dari jabatan lain pun ad jgak. Satu meja 8 orang semuanya. Tapi meja ak 7 orang yang terdiri daripada ak, kak lah, che we dan anaknya dan kak yah sekeluarga... Terdapat banyak lauk disediakan. Antaranya tomyam campur, ikan siakap masak nyonya, sayur goreng campur, udang goreng, telur bungkus dan ayam kunyit. Tidak ketinggalan kurma, buah-buahan dan sirap bandung....Makanan yang disediakan sedap la. Cukup rasa...he3...
Pukul 7.23mlm, kami pun berbuka la. Kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Cuma layanan yang diberi kurang la sikit sebab pekerja sikit lepas tu orang yang datang ramai. Jadi agak kelam kabut sedikit la. Nasi tu pun sampai ketika nak berbuka puasa. Last2 sekali semuanya beres.
Dalam pukul 7.45mlm, ak pn bertolak pulang ke rumah...
Thursday, July 21, 2011
3 things that i hve d0ne in 0ne week...
Assalamualaikum....
Alhamdulillah...nmpak gayanya sya dah berjaya berjaya menyiapkan 3 benda dalam satu minngu...
1. Buat kad pengenalan baru - Isnin (18/7/2011)
- tak tukar2 lagi sejak darjah 6. (muka x matured langsung masa tu) he3...
- yang bestnya pegi JPN pukul 8.15pg pas tu balik pukul 8.40pg...sekejap kan..he3
- malumlah masa tu tak ramai orang.
- masa nak amik gambar, akak kat JPN suruh tukar tudung sebab katanya tudung ku (biru)
terlalu cerah ( tak terang) warnanya. tapi rasa2 nya tak ada la cerah sangat. dah ok dah...
- masa nak tukar, tengok semua tudung yang disediakan tak kena dengan citarasa (tudung
berawning)
- cakap kat akak tu saya tak nak pakai tudung tu sebab tak biasa. nak pakai tudung yang
da sedia pakai.
- akak tu cakap tak lawa la gambar sebab background warna putih.
- saya cakap tak apa la kak tak lawa pun. padahal malas nak tukar tudung...ha3...
- lepas tu akak tu cakap ok la lau cam tu...
- dalam masa yang singkat, segala urusan di JPN dah selesai
- akak yang sudi melayan kerenah saya baik orangnya. sentiasa senyum. layanan yang
diberi sangat memuaskan... A++++ ... :)
2. Siapkan & hantar Laporan Latihan Industri - Selasa (19/7/2011)
- banyak dugaan yang kene hadapi semasa nak hantar/pos report
- printer kat rumah buat hal
- kena print report kat kedai. pegi dalam pukul 3.00 ptg
- masa print, tulisan banyak lari dan ada juga rapat2...sangat2 sedih. saya guna word 2010
manakala kedai tu guna word 2007.
- akak kat kedai tolong editkan.masa tu da pukul 5.00 ptg. sangat cuak sebab tyme tu pejabat pos
da tutup. dah la hari rabu cuti. camne pun nak kena sampai fakulti sebelum jumaat.
- tak sampai hati tengok akak kat kedai tolong editkan, pas tu cakap kat tuan punya kedai nak
bawak laptop sendiri. (print guna laptop sendiri)
- akhirnya report dah disiap print dan tape.
- tuan kedai tu cakap sempat lagi nak poskan. tapi kena pegi citylink sebab citylink tutup
pukul 6 ptg. tengok jam dah pkul 5.45 ptg.
- alhandulillah...sempat juga sampai di citylink.
- report dah selamat diposkan...
3. pegi sekolah menengah (SMKAWA)
- 10.00pg bertolak dan sampai pada pukul 10.30 pg
- kawanku (Nurul Asmak) dah sampai
- jumpa cikgu2 dan ustazah2...berbual-bual sakan
- best sangat2...rasa cam nak kembali pada zaman dulu2
- banyak perubahan (bangunan baru banyak dibina)
- ramai juga cikgu2/ustazah2 berpindah. pas tu ramai juga cikgu2/ustazah2 baru kat sekolah tu.
- lepas tu balik pukul 3.00 ptg
- terima kasih cikgu2/ustazah2 sebab dah ajar saya dari ting 1 - ting 5. jasamu akan ku
ingat sampai bila2... wish u all in a good health...tq very2 much...Tuesday, June 28, 2011
saya sudah bebas !!!!
yahooo....i'm totally free now.from what? can you guess it.... !!! urm????????????
bf? boring? loneliness?.....mesti la tak...yang betulnya free from medicine (antibiotic - tetracycline) that i have taken since the last 5 month. Ni jerawat punya pasal. Sebelum ni ok je muka. Tak ada masalah pn. Sejak 2010, jerawat naik bukan main banyak. Bukan sebijik2. Tapi naik banyak2 dan halus2. Mereka telah menyerang ku secara bertubi-tubi. Masa tu hati da tak tenang. Emosi pun da terganggu. Ye la mana tak nya first time jadi macam tu. Sape tak risau. Nak nangis pn ada.....hehehe
Oleh kerana da tak tahan dengan gatal2, jadi saya pun pegi la jumpa doktor. Setakat ni da 4 orang doc yang da jumpa. Masa mula2 jmpa doktor kat UTM. Doc cakap jerawat dan bagi antibiotik dan sabun pencuci muka Sebamed. Kebetulan masa tu memang guna produk Sebamed pun. Antibiotik tu ok la. Jerawat2 sume kering. Doc cakap kene makan hingga 3 bulan dan doc bagi antibiotik tu untuk sebulan. Saya tak sempat nak sambung antibiotik sebab mase tu da nak balik rumah cuti semester. Lepas tu kat Klinik Kulit kat Kota Bahru. Doc kat situ pun cakap benda yang same macam doc kat UTM. Doc tu bagi pencuci muka, krim sapu dan antibiotik. Pencuci muka ni kene pakai hingga 6 bulan bersama-sama antibiotik. Kebetulan antibiotik yang saya amik kat UTM ade lagi, jadi saya tak amik antibiotik kat klinik. Banyak juga la duit abis. Hampir RM 200. Pencuci muka tu mahal. Sebotol da RM 120 dan tahan hingga 5 bulan (tu pun lau pandai berjimat-cermat la....hehehe). Setelah menggunakan pencuci muka ni, hasilnya sangat tidak memuaskan. Mula2 jerawat tu kering tapi lama2 banyak balik. Lepas tu behenti la gune. Mungkin pencuci muke tu tak sesuai untuk kulit ku....
Doc ketiga yang ku jumpe kat Hospital Besut nak sambung antibiotik yang doc UTM bagi. Tapi kat sana tak ade antibiotik tetracycline. Jadi doc bagi antibiotik (ape ntah namenya ) lain tapi fungsi masih same dengan sebelumnya. Sedihnya antibiotik ni kurang berkesan. Tak macam tetracycline. Setelah Akhir sekali saya pergi klinik Hasbullah. Doc bagi antibiotik tetracycline dan gel untuk jerawat (mycin). Doc cakap antibiotik ni kene makan 6 bulan - 12 bulan.... Alhamdulillah, setelah 5 bulan makan, doc cakap lepas ni da tak payah makan sebab jerawat da berkurang tak macam dulu. Nak kata muka da licin macam dulu tak ade la. Still ade yang kecik2 dan parut.
Ni antara dialog perbualan antara saya dan doc :
Saya : Doc, bile saya boleh stop makan antibiotik?
Doc : Skrang ni da berape bulan awak makan?
Saya : Da 5 bulan....
Doc periksa muke....Lepas tu tngok tarikh saya amik antibiotik...
Doc : Urm...awak da 5 bulan amik. Saya tengok muke awak pun da ok. Lepas ni da tak payah amik antibiotik. Da boleh stop da..
Saya : Ye ke doc? (dengan excitednya)
Doc : Yup...
Mase tu rase sangat2 bersyukur sebab lepas ni da tak payah makan antibiotik. Antibiotik tu kene makan 2 kali sehari. Sekali makan 2 biji. Sehari 4 biji. Sebulan 120 biji... 5 bulan ?Da berape banyak antibiotik ni da ku telan.... Banyak tak terkira.
Saya : Doc, ade tak ubat untuk hilangkan parut?
Doc : Ade..
Saya : Saya nak boleh tak? (sambil senyum2)
Doc : Tapi mahal la...sebijik RM 30...
Saya : Haaaaa !!!!! sebijik RM 30 (dengan nada yang kuat sikit)
Doc : Eh tak la. Silap2. Sebotol RM 30...
Saya : 0o0o... saya nak boleh tak?
Doc : Tak payah la. Mane ade parut. Saya tengok ok je...
Saya : Ade doc. Siap ade merah2 lagi...Lau saya nak jugak? (dengan bersungguh-sungguh)
Doc : Ala tak payah la. Ok cam ni. Parut tu boleh hilang lam mase 3 bulan. Lau 3 bulan tak hilang jugak awak jumpe saya....(mesti mase ni doc tngah pkir, die ke aku doktor?)
Saya : 0o0o..0k2...saya tunggu 3 bulan. 3 bulan parut tak hilang saya jumpe doc...(sambil senyum2)
Da siap doc?
Doc : Da...boleh balik rumah...
Saya : 0k2...Trima kasih doc...
Doc : Same2...
Bangun dari kerusi dan da nak bukak pintu... Tiba2 terfikir satu benda...
Saya : Aik tak kan da boleh balik rumah. Tak kene pegi kaunter dan buat pembayaran ke? Biasenye doc cakap tunggu kat kaunter - amik ubat. Tapi ni tak...Boleh balik rumah (dalam hati)
(ku pun bersuara) Doc tak kene bayar ke?
Doc : Yup...tak yah...
Saya : Bet0l doc???...(muke conpius)
Doc : Betol...Awak da b0leh balik rumah.
Saya : Ye doc...(nak dapat kepastian skali lagi)
Doc : Ye... betol...(ketawa)
Aku pun turut ketawa sekali....Lepas tu keluar dari bilik doc.
Thursday, June 23, 2011
BBQ n DIKIR BARAT...
Assalamualaikum.....
Tanggal 22 Jun 2011 (10.00 mlm) saya telah menghadirkan diri ke JPS...nak tahu saya buat ape kat sana.hehehe...jeng3x...keje?...mesti la tak. Malam tu berlangsungnya latihan persembahan Dikir Barat yang diwakili oleh staff2 JPS dan orang luar. Latihan dibuat di anjung depan pejabat. Sambutan di JPS boleh dikatakan meriah dengan didatangi keluarga masing2..JPS Besut telah terpilih menjadi AJK Persembahan bagi persidangan mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 26 Jun 2011...
Urmmm....sambil2 buat persembahan mestilah kena ada makan2 kan. Baru la meriah sikit...Malam tu kami b'BBQ. Ayam, ikan (kembung, pari n lain2), sotong dan lokan habis dikerjakan oleh kami pada malam tu. Banyak wooo...Tidak ketinggalan Nasi Goreng yang ditempah dan juga air2. Memang kenyang la malam tu. Makan sakan gitu...hehehe
Antara gambar2 yang sempat diambil...
| Kak Lah, Kak Lah n Kak Sah wif her son... |
| Tengah tekun membakar |
| Ikan, ayam, sotong... |
MALAYSIA VS LUBNAN...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah....Tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah berjaya menewaskan Lubnan untuk ke pusingan seterusnya kelayakan Sukan Olimpik...
Keputusan : Malaysia vs Lubnan , 2 - 1
Subscribe to:
Posts (Atom)