Sunday, August 28, 2011

Thursday, August 25, 2011

my last day at JPS...

Assalamualaikum w.b.t

Today is my last day at JPS. I feel so sad. Sayang nak tinggalkan sebab da kenal rapat dengan staff2 kat situ. Borak sama-sama di kala keboringan. Terasa nak duk kat situ je.he3...Tapi nak buat macam mana kan, terdapat lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Nak tau apa...jeng3...Menghabiskan sisa baki ak sebagai seorang pelajar. Yeay...ada setahun lagi nak habis. Can't wait for that day. 

Petang tadi pukul 2.15ptg, bos panggil semua staff2 JPS bermesyuarat. Bos bagi kata-kata ucapan sebelum menyambut ketibaan Aidilfitri. Staff2 diberi peluang untuk mengucapkannya. Tidak terkecuali ak. Ini merupakan satu kesempatan bagi ak untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana membantu ak sepanjang ak berada di JPS. Jasa kalian tidak akan ak lupakan... :)
.

majlis berbuka puasa bersama-sama staff JPS

Assalamualaikum w.b.t ...

22/8/2011 - aku dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama staff JPS bertempat di Restoran Anjung Bahtera, Kg. Raja. Majlis berbuka puasa ini ditaja oleh kontraktor, En. fauzi. Pukul 7.00mlm ak bertolak ke sana. Ramai jugak la yang hadir. Bukat setakat staff JPS je yang hadir tapi dari jabatan lain pun ad jgak. Satu meja 8 orang semuanya. Tapi meja ak 7 orang yang terdiri daripada ak, kak lah, che we dan anaknya dan kak yah sekeluarga... Terdapat banyak lauk disediakan. Antaranya tomyam campur, ikan siakap masak nyonya, sayur goreng campur, udang goreng, telur bungkus dan ayam kunyit. Tidak ketinggalan kurma, buah-buahan dan sirap bandung....Makanan yang disediakan sedap la. Cukup rasa...he3...

Pukul 7.23mlm, kami pun berbuka la. Kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Cuma layanan yang diberi kurang la sikit sebab pekerja sikit lepas tu orang yang datang ramai. Jadi agak kelam kabut sedikit la. Nasi tu pun sampai ketika nak berbuka puasa. Last2 sekali semuanya beres.
Dalam pukul 7.45mlm, ak pn bertolak pulang ke rumah...