Sunday, May 15, 2011

LI (2nd part) ... (^^,) ...

12 Mei - Macam biasa masuk ofis pukul 8pagi. Lepas tu buka buku baca apa yang patut. Tidak lama kemudian En. Ruslan aka Abe Lan telah mengajak sya pergi melawat tapak projek kat Kepala Gajah.Sebelum tu sya melihat proses pendaftaran sebut harga yang dihadiri oleh sekumpulan kontraktor lebih daripada 100 orang yang mana terdiri daripada golongan tua dan muda. Proses ini berjalan dari pukul 9 - 10.30 pagi. Selepas itu, sya pergi melawat tapak bersama-sama Abe Lan. Setelah tiba di sana, kontraktor-kontraktor telah menunggu ketibaan kami. Abe Lan bagi penerangan tentang projek yang akan dijalankan. Selepas itu, sya melawat empangan yang terletak kat situ. Abe Lan juga telah membawa sya pergi melawat empangan yang terletak kat Bukit Jerok. Banyak maklumat yang sya perolehi sepanjang lawatan ini....hehehe...Kemudiannya, Abe Lan belanja minum pagi selepas habis melawat tapak.Pada petangnya pula, sya membuat catatan dan laporan... ^^,

15 Mei - Semalam sya ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran sebut harga oleh Boss. Projek kali ini ialah berkenaan proses penyelenggaraan pengairan iaitu menggali parit dan membuat jalan yang terletak di Pengkalan Nangka yang En. Shaari. Selepas pendaftaran, sya pergi melawat tapak bersama-sama En. Saari dan Cik Tengku Hanisah (Kak Sah). Seperti sebelumnya ramai kontaraktor yang mengambil bahagian. Majoriti kontraktor adalah orang yang sama dalam membeli sebut harga sebalum ini. Mereka tidak putus-putus membeli sebut harga sehingga lah memperolehi projek tersebut. Semangat yang terdapat dalam diri mereka sangat la perlu dicontohi oleh segelintir masyarakat yang mahukan kejayaan.Kemudiaanya kami minum pagi dekat dengan tapak projek di sebuah warung. Pada petangnya pula, sya duduk dalam ofis dan buat kerja yang berkaitan. Contohnya, mencari maklumat dan bahan untuk dijadikan laporan.... ^^,

16 Mei - Hari ini tugas sya seperti sebelum ini. Antaranya ialah menguruskan pendaftaran sebut harga dan juga melawat tapak projek yang terletak di Pengkalan Nangka di bawah kendalian En. Shaari. Tempat yang sya pergi kali ini tidak sama dengan yang sebelum ini (15 Mei). Ianya terletak jauh sedikit daripada sebelum ini. Pada petangnya pula sya membuat kerja sendiri.... ^^,

No comments:

Post a Comment