Assalamualaikum...
Pada 27 Mei - 12 Jun 2011 yang lalu satu festival telah diadakan di Pantai Bukit Keluang (Festival Pekan Budaya). Terdapat banyak booth yang terlibat sempena festival ni. Antaranya ialah JPS, JKR, Majlis Daerah, KETARA, SATU, politeknik2, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan dan banyak lagi...Sebelum ni festival diadakan di Pantai Air Tawar. Keadaan tempat tidak la sebesar dan semeriah kat Pantai Air Tawar kerana tempat adalah terhad dan tidak banyak gerai yang menjual makanan dan pakaian. Pameran booth berlangsung seminggu bermula dari 27 Mei - 4 Jun manakala selebihnya ialah untuk gerai jualan...
Sebelum festival ni berlangsung, kekalutan dan kekecohan telah berlaku di mana preparation for this festival sangat2 last minit. Khemah2 yang sepatutnya disediakan oleh Majlis Daerah tidak mencukupi dan mengambil masa untuk dipasang sehinggakan majlis perasmian yang sepatutnya bermula pada 27 Mei 2011 ditangguhkan kepada 28 Mei 2011. Tidak terkecuali juga staff2 JPS yang last minit sediakan bahan2 untuk pameran...hehehe...Terdapat 5 bahagian untuk dipamerkan iaitu Bahagian Pengairan, Pantai, Sungai, Hidrologi dan MSMA. Sya ditugaskan dalam bahagian Hidrologi bersama-sama En. Wan Nazri, En. Azri dan En. Nik Suffian. Alhamdulillah...walaupun membuat kerja last minit, akhirnya bahan2 untuk pameran telah siap disediakan...Oooppss lupa lak...hehehe...Terdapat juga satu bahagian untuk pameran gambar2 lama...(bot, sungai dll)
Saya merupakan salah seorang staff yang perlu menjaga booth JPS. Staff2 JPS dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu A, B, C, D dan E dan sya tergolong daripada kumpulan D. Antara ahli kumpulan saya ialah En. Ismail, En. Wan Ruslan dan Pn. Azizan. Kami ditugaskan untuk menjaga booth mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tempoh menjaga ialah selama 3 jam bagi setiap kumpulan bermula dari pukul 10 pg - 10 mlm...(nasib baik la 3 jam, lau x, x tau nk wt pe...hehehe)...
Akhirnya lokasi untuk booth JPS telah ditetapkan dan ianya membelakangi pantai dan pentas...seronok. Biasanya pada waktu pagi orang tak ramai yang datang. Jadi, untuk mengelakkan/menghilangkan rasa bosan saya pergi ke pantai untuk ambil angin...Pada petangnya pula, baru la saya dan yang lain2 terhibur dengan persembahan nyayian, gasing, kapal terbang (buatan), nasyid dan lain2. Saya hanya duduk melihat persembahan di pintu booth sebab pada masa tu orang ramai datang melihat pameran. Tak boleh la nak keluat sesuka hati....hehehe
Sepanjang penglibatan dalam festival pekan Budaya ni, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Contohnya, cara kerjasama dalam kumpulan dengan orang yang tak sebaya dengan saya, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, bergaul mesra dengan orang di sekeliling (staff2 JPS, staff2 jabatan lain dan orang ramai) dan sebagainya...
Jom layan gambar di bawah...
Gotong-royong menghiasi booth
Acara tampal menampal (Abe Lan n Che We)
Memasang lampu
Keadaan booth yang kosong tanpa make up
Pasang langsir
No comments:
Post a Comment