Assalamualaikum...
semalam adalah hari yang paling menyeronokkan sya.dapat pegi ke pulau perhentian...tipu la kalau selama ni tak pernah pegi pulau. first pulau yang sya pegi ialah pulau langkawi. masa tu darjah 5 pegi sana. da lama da. tapi yang semalam tak sama dengan masa darjah 5.masa tu pegi sana naik kapal terbang dan masa balik naik feri. semalam saya naik speed boat sebab kat sana tak ada feri. first time tu.best sangat2.siap pegang dan sentuh air laut lgi. perjalanan ke pulau mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit...hehehe~nak tau buat pe kat sana???....bak kata orang sambil menyelam minum air...hehehe.sya pegi untuk lawatan tapak projek.pegi bersama-sama technicians Che We, Hj. Ibrahim, Kak Sah dan Abg Hisham dan tidak ketinggalan hampir 15 orang kontraktor...kitaorang pegi untuk melihat keadaan tapak projek. ada 2 projek yang akan dijalankan.satu kat pulau perhentian kecil (bersih longkang sekolah) dan satu lagi kat pulau perhentian besar (buat laluan pejalan kaki). jarak antara kedua-dua pulau ni tak la jauh.boleh je nak jalan kaki.tapi sayang tak ada jambatan untuk menyeberangi ke sana.jadi kena la naik bot...
view kat pulau perhentian sangat2 cantik. airnya jernih bak kristal. kehidupan laut jelas kelihatan. terutamanya ikan...teruja sangat2 masa tu. ramai jugak pelancong2 asing datang ke situ. chalet2 semua terdapat di pulau perhentian besar.tak terkecuali chalet jps. chalet2 jabatan lain pun ada jugak kat situ seperti jkr dan majlis daerah. sya sempat singgah ke chalet jps. masa datang tu ada beberapa orang mekanikal kat situ tengah baiki generator...
selepas semuanya selesai, kami bertolak balik. tetapi sebelum sampai, kitaorang singgah ke suatu tempat (tak tahu kat mana sebab kat laut tak ada signboard) untuk memancing..ada sebuah bot lagi yang datang memancing.kiranya kawan kepada juruteknik. diorang yang bagi tau lokasi ikan kat mana sebab diorang guna GPS...sya jadi pemerhati. tak memancing pun....hehehe..tak lama pun kat situ sebab masing2 ada hal yang nak kena buat. kami pulang dengan tangan kosong...tak ada rezeki...walau pun tak dapat ikan, kami pulang dengan perasaan gembira....
No comments:
Post a Comment